Baru-baru  ini kita dikejutkan dengan berita seorang bapa yang baru keluar dari  hospital kerana menjalani pembedahan jantung telah ditinggalkan oleh  anak beliau sendiri di tepi jalanraya.
  Masalahnya  ialah masalah keluarga, apabila menantunya tidak dapat menerima si bapa  itu tadi untuk tinggal bersama-sama dengan mereka. Tapi apa yang  menyedihkan ialah si bapa itu baru sahaja keluar dari hospital dan  tentunya belum pulih sepenuhnya.
  Si  bapa pula terpaksa bermalam di pondok menunggu bas sebelum ditemui oleh  seseorang dan kemudiannya di hantar ke rumah orang-orang tua.
  Begitulah  ceritanya yang benar-benar berlakku di zaman ini. Sebenarnya cerita  sebegini tidaklah begitu asing lagi pada masa ini. Sehinggakan salah  satu iklan Petronas juga pernah membawa mesej yang sama.
  Persoalannya  sekarang bolehkah kita mengharap kepada anak-anak kita untuk menjaga  kita di masa akan datang. Menjaga diri samalah juga dengan menjaga  kesihatan. Apatah lagi sekiranya kita mengidap penyakit yang kronik  seperti stroke atau angin ahmar. Penjagaan diri dan penjagaan kesihatan  akan menjadi lebih rumit.
  Pada  pandangan saya kita harus bersedia untuk menghadapi hari tua. Kita  tidak boleh lagi bergantung kepada kerajaan & anak-anak kita  semata-mata. Kerana dengan bergantung kepada kerajaan mahupun anak-anak,  masa tua kita tidak begitu terjamin.
  Jadi  kita perlu memastikan simpanan kewangan kita mencukupi untuk hari tua.  Selain dari itu, perancangan insuran juga mesti ada. Jadi sekiranya  anak-anak kita tidak mahukan kita lagi kita mempunyai kewangan yang  cukup untuk menampung perbelanjaan sendiri.
  Kita  mungkin boleh mengambil orang gaji dan membayarnya sendiri. Saya  rasakan di masa-masa yang akan datang kes-kes serupa ini akan bertambah.  Satu-satunya cara untuk kita mengelaknya dari berlaku kepada diri kita  ialah dengan membuat perancangan awal dan agar cerita seperti ini tidak  berlaku kepada kita. Healthy First!

 

No comments:
Post a Comment